Syarat Wajib

Terma & Syarat Cat Boarding

Untuk memastikan persekitaran yang selamat, bersih dan rendah stres untuk semua tetamu kucing, CatBNB Meowtopia beroperasi mengikut syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum menggunakan servis kami.

1

Syarat Kesihatan & Vaksinasi

  • Semua kucing mesti sudah divaksin. Bukti diperlukan semasa tempahan.
  • Kucing mesti berada dalam keadaan sihat semasa check-in.
  • Kucing yang menunjukkan tanda sakit seperti muntah, cirit-birit, batuk teruk, lesu atau jangkitan kulit tidak akan diterima.
  • Sebarang keadaan perubatan yang diketahui mesti dimaklumkan secara bertulis sebelum penginapan.
  • Jika kucing memerlukan rawatan veterinar semasa penginapan, owner membenarkan kami mendapatkan rawatan. Semua kos vet ditanggung oleh owner.
2

Makanan & Feeding

  • Owner perlu menyediakan makanan biasa kucing untuk mengelakkan masalah penghadaman.
  • Arahan feeding mesti dinyatakan dengan jelas. Jika tidak jelas, kami akan ikut amalan feeding standard.
  • Jika makanan habis, kami mungkin menyediakan alternatif yang sesuai dan mengenakan caj.
3

Tingkah Laku & Keselamatan

  • Kucing mesti tidak agresif dan selamat untuk dikendalikan.
  • Kucing dengan sejarah agresif teruk, cuba melarikan diri atau merosakkan barang mungkin ditolak.
  • Jika kucing menimbulkan risiko keselamatan kepada staff atau kucing lain, kami berhak memindahkan, mengasingkan atau menamatkan penginapan lebih awal.
4

Kebersihan & Sanitasi

  • Owner mesti memastikan kucing bersih dan bebas daripada kutu, sengkenit dan parasit.
  • Jika parasit ditemui, rawatan segera akan dibuat dan caj akan dikenakan.
5

Barang Peribadi & Liabiliti

  • Owner boleh menyediakan bedding, mainan atau barang keselesaan, tetapi kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan.
  • Semua barang peribadi mesti boleh dibasuh dan selamat untuk kucing.
6

Kecemasan & Had Liabiliti

  • Walaupun kami memberi penjagaan teliti, kucing mungkin mengalami stres, kurang selera makan atau perubahan tingkah laku ringan semasa boarding.
  • Kami tidak bertanggungjawab atas penyakit, kecederaan atau kematian yang berpunca daripada keadaan sedia ada, isu berkaitan stres atau kejadian semula jadi yang tidak dapat dijangka.
  • Owner mengakui boarding mempunyai risiko tersendiri dan bersetuju tidak menuntut liabiliti melebihi yuran boarding yang telah dibayar.
7

Bayaran, Tempahan & Pembatalan

  • Bayaran penuh mesti dibuat untuk mengesahkan tempahan.
  • Semua bayaran tidak boleh dipulangkan.
  • Owner boleh menukar tarikh sekali, tertakluk kepada kekosongan, jika permintaan dibuat sekurang-kurangnya 48 jam sebelum check-in.
  • Tempahan yang dijadual semula mesti digunakan dalam 1 tahun dari tarikh asal, jika tidak tempahan akan terbatal.
  • Check-out awal tidak layak untuk refund atau kredit.
8

Update Foto & Video

  • Owner bersetuju menerima foto dan video kucing semasa penginapan.
  • Dengan persetujuan, sesetengah foto boleh digunakan untuk media sosial atau pemasaran.
9

Pendedahan Jujur

  • Owner menjamin semua maklumat tentang kesihatan, tingkah laku dan keperluan kucing adalah tepat.
  • Gagal mendedahkan maklumat yang menjejaskan keselamatan atau kesihatan boleh menyebabkan servis ditolak serta-merta.

Terima Kasih

Terima kasih kerana mempercayai CatBNB Meowtopia menjaga kucing kesayangan anda.